Eyka Twin

FollowDashboard


tentang cinta
Wednesday, 15 February 2012 ? 0 Ultraman ?


Adat orang bercinta, semua nak manja-manja, nak mengada-ngada, menambahkan kemesraan gitu. Yela, bila dah terjebak dalam hubungan percintaan yang suci, indah, wangi, romantik dan macam-macam lagi ini, akan keluarlah satu dozen ayat-ayat cinta terhebat menunjukkan indahnya cinta itu.
Bagi korang yang pernah bercinta, bermesra, atau mungkin sedang bercinta sekarang, korang mesti biasa sangat dengan ayat-ayat cinta kan. Tak sah bercinta kalau takde ayat.
i love you so much - ayat biasa yang digunakan. yang ni tiap-tiap hari boleh dapat dari pasangan masing-masing. Bangun tidur, i love u, nak tidur, i love u, nak mandi pun i love u. 
Memang dikatakan ayat ini terlalu biasa untuk didapati dari mana-mana pasangan bercinta. Yang lebih kiut, ilysm. Simple dan padat.
sayang hubby/mummy tak? - ni pertanyaan yang sering ditanya oleh mana-mana pasangan bercinta. Kebanyakannya dah tahu, tetapi saje nak tanya. Lebih-lebih lagi bila hubungan tu dah lama, dah takde apa nak tanya, tanya jelah benda yang dah tahu.

 
Dah makan? - yang ni pun dikira romantik? agak romantiklah, menunjukkan betapa mengambil beratnya pasangan. Yelah, kadang-kadang mak kat rumah tak ambil kisah kita ni dah makan ke tak, harapkan pasangan jelah untuk bertanya. Ini juga lagi contoh ayat harian yang wajib ditanya oleh pasangan samaada lelaki ataupun perempuan.
 cinta itu hadir setiap masa, cinta itu terasa dalam tindakan, cinta itu terucap dalam senyuman, cinta itu bersinar dengan tetapan, cinta itu hangat dalam dakapan, cinta itu menyengat lewat belaian, cinta tiada akhir nya . . . 


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post

====>>>♥♥♥♥songs love♥♥♥♥<<<====